CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.

Bookmark and Share

.

Alamat surat menyurat :
En. Reza
RICHERSIXS 3rd Floor, Wisma TM, Jalan Sutera 3 Taman Sentosa 80150 Johor Bahru
Emel : rezatmpoint@gmail.com

faks : 07-3320075
tel pejabat : 07-2160437 / 07-2162748

Untuk sebarang kemusykilan dan penerangan lebih lanjut sila hubungi:

En JUTA : 0137999755
En. Rafizal : 0137797669

TM lebar liputan

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) sangat optimis mampu menarik antara 40,000 dan 50,000 pelanggan UniFi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tingginya (HSBB), menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, keyakinan itu berdasarkan corak penerimaan pelanggan yang semakin memberangsangkan dari semasa ke semasa.


Katanya, sehingga kini, jumlah keseluruhan pelanggan perkhidmatan itu hampir mencecah 10,000 langganan.


“Ketika ini, kami menerima kira-kira 300 tempahan baru bagi perkhidmatan UniFi setiap hari berbanding 50 tempahan sehari sejak ia dilancarkan pada Mac lalu.


“Berdasarkan faktor ini, kami yakin mampu mencapai sasaran antara 40,000 dan 50,000 pelanggan pada hujung tahun nanti,” katanya baru-baru ini.


Beliau berkata, TM akan terus melebarkan jaringan liputan membabitkan perkhidmatan UniFi di seluruh Malaysia.

“Pada Julai lalu, TM melebarkan liputan ke 18 lagi kawasan termasuk lima kawasan di luar Lembah Klang iaitu di zon perindustrian di Kedah, Pulau Pinang dan Johor seperti dirancang.


“TM juga berada pada landasan untuk meningkatkan perkhidmatan berkenaan membabitkan liputan keseluruhan 48 kawasan pertukaran menjelang akhir tahun,” katanya.


Zamzamzairani berkata, bagi fasa pertama projek HSBB, pihaknya melaksanakan langkah progresif bagi memastikan UniFi dapat dicapai di 750,000 premis pada akhir tahun ini, seterusnya 1.3 juta premis menjelang akhir 2012.


“Sehingga pertengahan Ogos lalu, perkhidmatan UniFi boleh dicapai di lebih 500,000 premis di seluruh negara,” katanya.


Menurutnya, kadar penembusan pasaran jalur lebar kini berada pada tahap 38.4 peratus membuka peluang kepada TM untuk terus melebarkan sayap dan menerajui industri.


Mengenai prospek untuk keseluruhan tahun ini, beliau berkata, TM akan terus berdepan persaingan hebat di tengah-tengah liberalisasi industri, perubahan kawal selia dan persaingan yang semakin sengit.

Petikan daripada surat khabar Harian Metro online 15/9/2010

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TMlebarliputan/Article